Rabu, 10 Jun 2020

Masak2 Time PKP

Virus Corona (COVID-19)

Subhanallah..Allahuakhbar...
Dunia di kejutkan dengan Virus ini...seperti yang kiter maklum Virus Corona atau severe acute respiratory syndrome coronavirus 2 (SARS-CoV-2) adalah virus yang menyerang sistem pernapasan. Penyakit karena infeksi virus ini disebut COVID-19. Virus Corona boleh menyebabkan gangguan ringan pada sistem pernapasan, infeksi paru-paru , hingga kematian.
Severe acute respiratory syndrome coronavirus 2 (SARS-CoV-2) yang lebih dikenal dengan nama virus Corona adalah jenis baru dari coronavirus yang menular ke manusia. 
Allah Maha Besar.... Allah turun kan ujian kepada hambanya...Bagaimana Kiter sebagai hamba jalani ujian ini...
Marilah sama2 kiter panjatkan doa semoga Virus ini berakhir dan kiter dapat menjalankan kehidupan seperti sedia kala...
Malaysia mengambil Langkah untuk membendung Wabak ini menular dengan menjalankan  Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Jadi sekolah semua tutup kan... Ahkak mencari Idea Aper Nak MAsak Yer???😎😎
Ahkak nak kongsi la Menu2 yg Berjaya  buat.. sangat  teruja...x penah2 ahkak serajin dan sepandai ini...Berkat MR.GOOGLE ahkak berjaya...💪💪
Tada... Ahkak kongsikan kejayaan...hahahaha....😃😃💖💖😜😉😉


Untuk resepi ahkak ni Bahan yg melibat tepung semua di ayak dulu. Ikot la kalau x nak pon boleh jer....



Donat Gebu Gebas PKP
Resepi:-
(Bahan A)
2 sb Yis
1 sb gula
1sb susu pekat
1/2 cawan air suam

(Bahan B)
2 Cawan tepung gandum
3 sb minyak masak/ butter pon boleh
1 sk baking powder
garam agak2

Cara:
Campur bahan A hingga kembang
Gaul bahan B sampai jadi doh
Tutup dan biar sampai 15-20 minit.
Dah kembang tumbuk2 kan doh tu.
lepas bentuk kan bulat2, jgn biar kan lama sangat kalau x donat tu naik sangat.. 
Pastu kalau kiter goreng nant banyak minyak plak..





 Kek Minyak Pandan Viral PKP
Resepi :-
Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula kaster
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat 
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Letak perasa/pewarna yang korang suka

Cara:
Ayak tepung gandum dan baking powder. 
Lenser loyang kek dengan mentega. 

Blender telur , gula, susu pekat,minyak dan esen vanila. blend sampai kembang. .

Akhir sekali masukkan tepung gandum sikit sikit, gaul rata... lepas itu, bahagikan kepada 2 atau 3 adunan lebih kurang dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.
Bakar 170C selama 60 minit , dalam dulang bakar ahkak letak air supaya kek yg di bakar jadi lembap.


 Begedil Viral PKP
 Resepi :-
kentang 1/2 kilo
Dada ayam ikot la banyak mana korang suka
lada sulah
Lada hitam
Daun sup
20 gram Daun Sup
daun bawang
bawang goreng
Garam
1 Biji Telur

Cara:

(Resepi2 lain soh goreng tapi ahkak rebus, nak kurangkan kalori la kononnyer)
Rebus isi dada ayam dan racik2.
(Ayam ni ahkak asing separuh  blender  dgn bawang putih)
Rebus kentang kemudian tumbuk sampai lumat. 
Tumbuk kentang semasa masih panas 
Masukkan kentang dan ayam racik dan ayam blen ke dalam mangkuk dan tambahkan daun sup, daun bawang, bawang goreng, garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih, dan Pati ayam .
 Gaul sehingga rata dan sebati yer...
Kemudian, bentukkan bulat-bulat dan tekan sikit supaya leper dan menjadi bentuk yang diingin.
Pukul telur, kemudian celupkan begedil tadi di dalam telur dan goreng sehingga kuning keperangan. Siap! Sedia dihidangkan.


Lempeng Viral PKP
 Resepi :-

3 cawan Tepung gandum
air agak2 yer
telur 2 biji grade A
garam agak2
2sb minyak masak
2sb susu pekat
1sk susu tepung


Cara:

Blend semua bahan
Ok siap!! 
Dan goreng ikot suka nak beso ke kecik ke...


 Puding Caremel Viral PKP
  Resepi :-

Bahan A
4sb gula pasir
1sb air 

Bahan B
Roti 4 keping(jangn buang tepi roti)
1 tin susu cair
suku ke setengah tin susu pekat (ikot la nak manis cammaner)
1sk Esen vanila 
3 biji telur

cara:

Blend semua bahan B

Masak Bahan A
Dah larut gula tu Tuang kat bekas pengukus
pastu tuang Bahan B yg dah blend tadi.
Kukus 40 ke 50 minit lebih kurang...





Kuih Penyaram Viral PKP
  Resepi :-
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
garam agak dalam 2 cubit ke cam tu
1@2 cawan gula melaka(ikot suka manis letak lebih) 
air suam agak2 jer

Cara:
gula melaka cairkan 
Blend semua bahan
Kalau ikot resepi asal kene biarkan adunan 6 - 8 jam baru goreng
Tapi ahkak Lepas siap adunan terus jer masak. hasilnyer ok gak la walaupon buruk ruper kan.. Maklumla first time jadi Chef.



Puding Roti Viral PKP
  Resepi :-

(Bahan A)
7 keping roti
1 tin susu cair
1sk asen vanila
1sk serbuk cinnamon
4sb susu pekat 
2 biji telur
2sb Butter 
Kismis

(Bahan B - kuah kastard)
1 tin susu cair
2sb tepung kastard
2 sb gula atau susu pekat
1/4 tin air (pakai tin susu cair tu eh)


Cara:
Blend susu cair,susu pekat, asen vanila,serbuk cinnamon dan telur.
Roti di belah 4
Sapukan butter pada kedua belah kepingan roti atau cairkan campor dalam adunan
Susun roti dalam bekas 
siramkan bahan yang dah di blend tadi
Taburkan kismis... OK siap tk di kukus atau bakar
Kukus 20-30 minit sampai masak
kalau nak bakar 180c 30 - 40 minit atau sampai masak
Yg ni ahkak bakar..resepi bawah tu ahkak kukus.

Kuah kastard:-
Campurkan bahan masak sampai agak2 pekat ikot la selera masing2
OK da siap..




Jemput jemput Nasi Viral PKP
  Resepi :-
Bawang putih 2-3 biji
3 cawan Tepung Gandum
Nasi dalam 1 cawan
Lobak merah agak2
kentang 1/2 biji
Daun sup, daun bawang agak2
Pati ayam dan garam agak2

Cara:
Blend semua ( Anak2 x nak suka sayur so ahkak blend jer semua)
Goreng ikot la nak besar ke kecik ke saiz tu..


 Kek Minyak Marbel Viral PKP

Resepi :-
Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula kaster
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat 
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Letak perasa/pewarna yang korang suka

Cara:
Ayak tepung gandum dan baking powder. 
Lenser loyang kek dengan mentega. 

Blender telur , gula, susu pekat,minyak dan esen vanila. blend sampai kembang. .

Akhir sekali masukkan tepung gandum sikit sikit, gaul rata... lepas itu, bahagikan kepada 2 atau 3 adunan lebih kurang dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.
Bakar 170C selama 60 minit , dalam dulang bakar ahkak letak air supaya kek yg di bakar jadi lembap.



 Puding Roti Viral PKP
 Resepi :-

7 keping roti
1 tin susu cair
1sk asen vanila
4sb susu pekat 
2 biji telur
2sb Butter 

Cara:
Blend susu cair,susu pekat, asen vanila dan telur.
Roti di belah 2
Sapukan butter pada kedua belah kepingan roti atau cairkan campor dalam adunan
Susun roti dalam bekas 
siramkan bahan yang dah di blend tadi
OK siap tk di kukus atau bakar
Kukus 20-30 minit sampai masak
kalau nak bakar 180c 30 - 40 minit atau sampai masak
Yg ni ahkak Kukus



 Nescafe Dalgona Viral PKP
 Resepi :-
Susu kotak ape2 brand la(Rendah lemak ke penuh krim ke)
2sb nescafe
1sb gula
air panas agak2

Cara:
Camporkan semua bahan kacau lama2
Pakai mixer lagi senang (mixer ahkak rosak so pakai tangan jer kacau)
Tuang susu dalam cawan dulu pastu tuang nescafe plak



 Roti Arab / Roti Puri Viral PKP
 Resepi :-
2 cawan Tepung gandum
4sb minyak masak
1sb yis
sedikit garam
Air suam

Cara:
Masukkan tepung,minyak,yis,garam
Gaul sebati sampai berderai
Masukkan air dan uli sampai jadi doh 
Buat bulat2 kecik
Pastu amek doh yg kecik2 tu gelek nipis
Goreng minyak agak2 tau cam saya goreng tengok gambo atas tu..
dah masukkan siram minyak atas tepung tu tau baru boleh kembong cam tu.
Makan la ngan sardin ke kari ke sambal ikan bilis ke... 



 Kek Milo Viral PKP
 Resepi :
2 cawan milo
2sb susu pekat
Telur 4 biji

Cara:
Blend semua bahan
Mauk dalam bekas, bekas dia jangn besar tau sbb nant biler dah angkat keluar dia akan menipis tau x cantik plak nak hidang.. 
Tuang dan kukus 20 - 30 minit sampai masak
Antara banyak2 resepi ni kek milo ni la yg anak2 ahkak paling suker.... macam secret resepi katenyer...hahahaah

Sebenornyer ade lagi nak kongsi tapi..OK setakat ni dulu la yer.. 



♥TQ..SUDI BACA...👀♥
♥BY..👋👋♥