Selasa, 7 Januari 2020

CHINA XIAN

👯 XIAN CHINA Part 1 👯

Bismillahirrahmanirrahim... 
Assalamualaikum...


Kongsi cerita jalan2 ke Xian...........

Hari pertama hingga hari ke 4

♥♥ Mula2 Cari tambang murah .. Google jer mesti jumper...Traveloka..expedia.com ..dan banyak lagi..

♥♥ Kali ni cari time Air Asia wat Promosi bln 11... Disebabkan kami dah lambat sikit so rugi dalam 800 ringgit.. First dapat tiket RM3700 6 orang..oleh kerana teragak agak nak beli lambat sehari kami beli jadi RM4500 tiket kami ber 6..😂😂😂

♥♥  Kalau dapat belon luar negara , pastikan seminggu seblom naik belon emel or call mintak dia sediakan Muslim food.. Kalau x, dia akan bagi jer makanan sama cam org lain.. 

♥♥  Pastikan alamat Dan Nombor Talipon tempat tinggal kat sana ada, sebab kita wajib declare kat mana kita menetap..Perkara ni mana2 kiter gi pon same gak kan...


♥♥  Disarankan kalau belon anda transit Pastikan ada sepasang baju dan peralatan bersuci di tangan, manala tau tertiba luaggage tertinggal time dia org tukar belon tu....

♥♥  Ubat-ubatan penting yer bawa, Paracetamol,minyak angin, minyak gamat, Cool fever dan ubatan yg di pikirkan perlu... Kalau bawak anak2 lagi la perlu ubatan tu..

♥♥  Suhu sangat penting kiter ambik tahu.. Bawak la baju yg sepatotnyer... 

♥♥ Lotion badan, moisturier, sunblock, lip balm sangat perlu untk elak kulit kering 

♥♥ Stroller penting bawak kalau bawak anak kecik, penat wei berjalan.






Mula lah perjalanan kami.............
Rumah cam biaser la kami oder kat Air bnb, 10 malam RM1300. Rumah 3blik 2blik air, heater semua lengkap, peralatan dapur lengkap, siap owner sediakan buah lagi..
💗 chantek 💗 Puas Hati 💗
Sebelum tu dah deal ngan owner soh jemput kat airpot, kami sampai dah tenagh malm dengn bawak anak2 memang susah la kalau x der yang amek... 
Tapi ade bayaran la..
RMB130 satu Van 
lebih kurang sejam sampaila rumah.. 

Dapur lengkap semua.. bawak sabun Taharah la untuk Sertu segala peralatan kalau nak masak..

Air kat singki jer sejok.. kat toilet ok..ade water heater...

Gambo ni nak chek out dah ni..
x dan plak nak amek gambo time masok umah ,kalau x cantek mejer ni ade buah dan deko2 pinggan...


Bilik Utama sekali ngan toilet...

Bilik 2

Tempat sidai kain ni sekali ngan bilik 2

Bilik 3


WhellChair pon disediakan

Ruang Tamu

Toilet Utama


Toilet Master bed room



QR Code utk akses wifi.. rata2 kat sini pakai QR code.. 
Install wechat yg utama, kat sini x der wasap ok.... macam maner pon kene pakai wechat..
QR code ni kene scan kat wechat jer.. Pastu br boleh pakai wifi tu..


Mamat ni dan Van ni yg jemput dan hantar kami ke Airport dan jalan2 pon naik dia ni gak.. 




Hari pertama , jenjalan area rumah kami duduk

Comel kan kenderaan tu... Untuk anta surat...






penuh bergaya la anak bertuah ni... 
Stroller sangat penting yer.. kalu bawak anak mesti bawak ni, berjalan penat,langkah kiter panjang kesian kat anak2 kecik..

Malam ni Owner bawak kami ke muslim street. Naik bas 604.
Dia  nak tunjuk kat maner nk tunggu bas,
semua bayaran utk kenderaan awam kat sini pakai kad atau e-wallet tapi ape ntah nama aps dia.. Owner bagi pinjam kad dia untuk mudahkan kami bejalan, bagi dia duit nant dia topup kan..

kat belakang tu Drum Tower.
Tempat kami bergambo ni Bell Tower.
Bas akan berhenti kat bell tower ni pastu jalan ke muslim street

Belakang ni Bell Tower.

Area Muslim Street


Syurga Makanana la kat sini..

Setiap malam memang akan ramai orang..



Sotong ni harga  20yuan rasenyer

Air delima Memang Banyak jual, Fresh..
15 Yuan

Daging ni kalau kiter beli baru dia bakar harga 10 Yuan

Air Delima 15 Yuan

Ni betol2 air kelapa, adoi ai....😓😓
kalau kiter kat sini kan kelapa muda, dorang kelapa putih yg keras tu di kisar 
Harga 15-20 Yuan ikot kedai


Owner homestay ni None muslim, tapi biler kami cakap nk gi Masjid solat dia bawak kami ke masjid ni..
Pintu masuk masjid

Lepas solat ... Singgah la kedai ni.. Harga ade kat gambo tu.. 
Paham x.. Aku pon x paham.. 😁😂😂
Nasib Tuan Asben pandai la cakap sikit2 senang la sikit nak berkomunikasi..

Nampak cantikkan.. 
Tapi tu la bukan selera tekak kiter😐😑.. 
Disebabkan dah lapo...So makan jer la yer..

Potion makanan banyak boleh makan 2 ke 3 orang.

Cukup utk mlm ni... balik tido...

Hari Ke  3
Berjalan sekitar homestay.
City Wall dekat ngan rumah kami menginap. Kami dok aras 18 so boleh nampak pemandangan City Wall dari atas jer..
Dah nampak dah ape ade kat dalam tu so kami decide x yah masuk cuma jenjalan sekitar2 jer.. 
Tembok ni besar .
Baca blog2 orang kalau nak pusing tembok ni 3jam lebih gak la ..

Gamabr dari homestay aku duduk.

Pemandangan City Wall waktu Malam


Jerebu agak tebal gak la...  hari2 memang jerebu..


Ni baru lepas hujan x der la jerebu sangat.

Jom Study sikit....😎

City Wall

Bandar Xi'an ni dikelilingi  oleh tembok 4 segi yang dinamakan Xi'an City Wall.
  Xi'an City Wall ni sama macam Great Wall China iaitu pertahanan. 
Dibina pada zaman Dinasti Tang dan diperbesarkan lagi pada zaman Dinasti Ming.
 Panjangan City Wall ni 13.74km.
Ada 4 gerbang ,  West Gate, East Gate, South Gate dan North Gate.

Gambar:  sumber Google
Gambar:  sumber Google



Ni kat luar City Wall.

Rajin pakcik tukang sapu ni buat ayat ni.. ntah maksudnyer ape pon x tau..
Yg paham corak 💗 Love 💗












Hari Ke 4
Hari ni hari Jumaat so iterneri hari ni Solat Jumaat @ muslim Street.
Sepanjang kat Xian ni memang banyak Naik bas, tambang untuk Mana2 Kawasan dalam City Wall  
1 yuan seorang. Kanak2 x yah bayar
Kalau kiter keluar daripada City Wall 2 Yuan sorang

  Pengangkutan Bas :
 Bas nombor 4, 15, 32, 43, 45, 201, 205, 206, 215, 218, 221, 222, 251. 300, 604, 610 atau 611. Berhenti di stesen Bell Tower. Jalan kaki ke arah Drum Tower. Muslim Quarter terletak di belakang Drum Tower.





Masuk waktu solat kat Xian ni awal tau.
Google la dulu yer sebelum datang, senang untuk kejar waktu solat, takot kiter leka berjalan dah habis waktu plak..
kalau pegi x lama senang untuk korang Qasar Jamak jer.. 

Kami nampak orang pakai kopiah jalan ramai2 , kami pon ikot jer dorang.. tentunyer dia org nak gi solat Jumaat kan.


Tu... Pintu Masjid...

Ni kat Luar masjid



Semua berpusu-pusu nak solat jumaat












Anak bertuah ni sepanjang jalan kat Xian ni dia akan tido kat stroller tu.. 
Sejuk kan sedap la dia tido

Petang kami solat asar kat masjid ni plak.. Sebenarnyer banyak masjid dalam muslim street ni. 










Ni tempat wuduk, towel kecik tu di sediakan untuk lap kaki selepas wuduk.
Korang bolehje pakai kalau nak..


ni lorong bawah tanah.. Time ni dah malm nak balik rumah dah..
Masa untuk Rehat.. 

Setakat ni dulu dapat update...

Sambung pengalaman jenjalan Xian next episod eh... 


SAMBUNG PART 2:-


TQ..SUDI BACA...👀♥ 
BY..👋👋